Penilaian Skor Kitaran Hidup Perniagaan (ELSA) direka untuk menyediakan penilaian tahap Kitaran Hidup PKS. Aplikasi ELSA dibangunkan oleh Centre For Entrepreneur Development And Research (CEDAR) yang merupakan anak syarikat milik penuh SME Bank.
Aplikasi ELSA akan membantu CEDAR dalam hal-hal berikut:
- Dengan memprofilkan sumber/kapasiti, ia dapat membantu menavigasi PKS melalui kitaran hidupnya dan menuju kearah pencapaian yang lebih tinggi.
- Menilai prestasi bagi setiap faktor secara keseluruhan dan sub-faktor, menekankan cabaran perniagaan dan keutamaan tipikal setiap tahap, serta isu penjajaran dari segi sumber / kapasiti.
- Menyokong penilaian berkontekstual untuk PKS daripada pelbagai saiz dan sektor perniagaan dengan menetapkan kepentingan atau pemberatan signifikan kepada setiap sub-faktor. Penilai akan diberi pilihan untuk menggunakan pemberat yang ditetapkan (pemberat berdasarkan persepsi yang mempertimbangkan saiz PKS) atau faktor pemberat yang ditetapkan sendiri oleh penilai.
- Membantu PKS memetakan bidang keperluan dari segi bimbingan perniagaan, intervensi sokongan lain, dan sebagainya berdasarkan fasa yang sedang atau akan dilalui, serta menghubungkan PKS dengan perkhidmatan sokongan yang bersesuaian.
- Memudahkan pemantauan pertumbuhan dan perkembangan perniagaan dari semasa ke semasa.